Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. WALLAHU’ALAM
Suatu waktu dulu, laungan azan sama ada di radio dan televisyen, akan dimulai dan disusuli dengan doa dan muzik lembut. Ketika itu kita pun mula bangun untuk bersolat. ibu dan ayah sudah mula menjeling-jeling, kita yang asyik bermain atau menonton tv segera bangun.
Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah, masuk sahaja waktu solat, azan hanya ditulis pada skrin. Atau jika di radio, juruhebah hanya memberitahu sudah masuk waktu kemudian diikuti dengan lagu rap yang cintan-cintun atau lagu dangdut yang alahai… Maka tumpuan kita pada azan hilang terbang.

kisah teladan :)
Diriwayatkan, Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri dan beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar sahaja seruan azan, dia segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti seketika untuk menghormati seruan azan.
Setelah selesai menjawab azan barulah disambung semula nyanyian, hanya itulah sahaja amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal, ramai kalangan orang yang soleh bertemu dengannya. Tanya mereka, “ibadah apakah yang menyebabkan ALLAH mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “ALLAH telah mengampun dosaku dengan banyak mengucap syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali semasa hayatku dulu, apabila mendengar sahaja azan, sedang waktu itu aku tengah berhibur maka dengan serta-merta aku menyuruh mereka menghentikan hiburan dan menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang benar-benar aku jaga.”
Maka ALLAH berfirman, “kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada dalam dadanya masakan dia mahu menyebut-Ku dalam keadaan leka.”

so , lepas ni.. kalau dengar orang azan tu, hormat lah ckit eh.. selamat beramal ! :)

No comments:
Post a Comment